hai blogger, sape kat sini adalah
golongan kidal ? jom jom, kita geng! :) tau tak banyak sangat kelebihan
dan kekurangan memegang status kidal ni :P u know what, adik beradik
saya ada 7 orang, sowg p0n xde yg kidal pon , tp my "abah" tgn kidal k .. ekot papa i hokeh ..hik3 =)
Definisi
Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri
untuk melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi
di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ).
Hubungan kidal dengan otak
Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah
kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu
otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg di sebelah kanan
dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg di
sebelah kiri.
Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai
kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.
Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai
kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan
kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal
lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg
menggunakan tangan kanan.
Fakta menarik
1. Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.
Kajian dari Abertay University Skotlandia menemukan bahwa orang kidal
cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : “Saya khautir
membuat kesalahan.” Mereka yang kidal juga sepakat dengan penyataan :
“Kritik atau omelan membuat saya sedikit sakit hati.”. Dr Lynn Wright,
yang menjalan kajian tersebut di Dundee, Skotlandia, percaya fenomena
ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan
orang tangan kanan.
“Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang menggunakan
tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bahagian
otak kanannya lebih dominan, dan inilah bagian yang sepertinya
mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak menggunakan
tangan kanan, bagian otak kirinya lebih dominan,” jelas Dr Lynn Wright.
KELEBIHAN TANGAN KIDAL
1) hanya 10 peratus daripada 6.7 billion populasi di dunia yang kidal
- maknanya sape yang kidal ni, insan insan terpilih yang sukar ditemui jela *bangga.
2) menulis tulisan jawi / arab lebih senang berbanding tulisan biasa.
-sebab dia start dari kanan ke kiri. tulisan pun tak comot.
-sebab dia start dari kanan ke kiri. tulisan pun tak comot.
3) kamera SLR memerlukan kedua-dua
belah tangan sedikit menyenangkan warga warga kidal. tangan kiri
digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat lensa tersebut. so,
mereka dapat ubah fokus kamera & kamera jugak dapat disokong dengan
mudah.
-nampaknya kena cari kamera ni sebijik la :P
4) kebiasaannya org yg mgunakan tangan kanan akan memegang apa2 peralatan dgn tgn kanan dan memegang satu lagi barang dgn tgn kiri. contohnya mcm potong bawang neh. s0, si kidal pulak mereka akan pegang peralatan dengan tgn kiri dan bahan yang hendak dipotong dipegang dengan tangan kanan. Maksudnya disini, lebih baik kalo kita pegang makanan dgn tgn kanan rite. ;)
5) individu kidal mengunakan otak
sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan,
emosi dan kebijaksanaan. Jadi ada yang berpendapat org kidal ni sgt kreatif. Secara biasa,mereka akan cuba mencari jln penyelesaian dgn mgunakan otak kanan tetapi jika mereka berhadapan dgn masalah dan masih tidak dpt mencari jln penyelesaian itu. ketika itu jika anda melihat mereka masih berfikir2. itu tndanya mereka sdg mgunakan otak kiri bg menyelesaikan mslh tersebut.
6) bagi bagi kidalians ni, bila time drive kereta mesti senang sebab time nak masukkan gear kan guna tangan kiri :)
KEBURUKAN TANGAN KIDAL
1) susah nak adapt dengan barang barang yang di buat untuk pengguna tangan kanan.
-
meja dalam bilik kuliah biasanya diletakkan sebelah kanan dan golongan
kidal terpaksa menyesuaikan diri supaya dapat selesa menggunakan meja
tersebut.
-
gunting pun kena guna tangan kanan je. ade je gunting yang khas untuk
kidalians tapi susah nak jumpa. kedai kedai tertentu je yang jual. s0, kidalians mmg kena blaja sesuaikan diri gunakan tgn kanan kalo tetiber brg tuh mmg xblh nk guna tgn kiri lolll..
2) kena pakai jam sebelah kanan tangan sebab kalau pakai jam sebelah kiri, dia macam mengganggu kita untuk menulis.
-tp sy tetap pakai tgn kiri gak , tyme final exam je sy bukak jam uuh.then, ltk atas meja sbb mmg ggu nk tulis n sng sy nk tgk msa sekali :P
tiara pun pakai jam sebelah kanan.
3) susah nak main badminton.
-roomate
selalu merungut bila main badminton dengan saya sebab guna tangan kiri
menyukarkan dia untuk dapatkan bulu tangkis tersebut.
lindan pun main badminton guna tangan kiri laaa.. ohhh hensemnye tp LCW tetap HERO MALAYSIA okey !!^^
4) susah nak guna pen yang ink basah & liquid paper
- susahh. memang susahh.kena tunggu dakwat tu kering dulu baru boleh sambung tulis ayat lain. kalau tak, mesti comot punya sebab kita seret tangan kita atas tulisan tu, biasalahh dari kiri ke kanan.
5) orang pandang slack kalau makan dengan sudu mengunakan tangan kiri.
- mesti dorang menganggap org tersebut xtwu protokol protokol di meja makan. huh ! dah nak buat macam mana kalau dah terbiasa dari azali lagi menggunakan
tangan kidal. tapi guna sudu je kidal, bila makan dengan tangan guna
tangan kanan jugak la ..
Rasulullah
saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan
tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR.
Bukhori Muslim)
6) susa nk guna pisau kupas buah tu.
- kalo pisau mcm ne ley la guna , kalo pisau yg mmg untuk tgn kanan tu.. kidalians terpaksalah guna pisau tuh secara songsang.