Jumaat, 11 Mei 2012

LOVE STORY-MORY

Love is beautiful . . happiness . .excited . .
but,  

not all that happiness can be achieved.
bc0z of the various obstacles and challenges faced to get true love. ;(



Apa yang terbuku dihatinya ?? [ jika terluka ]
agar seseorang dapat memahami apa yang tersirat dan apa yang tersurat dihatinya ???

Ini kata-katanya kepada seseorang itu.. ;(
 
"Sayang.. saat pertama aku mengenalimu.. aku tau, engkau insan yang bakal di sisiku.. aku cuba mendekatimu walaupun aku dan kau saling tidak mengenali.. Masa berlalu.. Aku gembira kerana kita menjadi kawan baik.. Berkawan denganmu sudah cukup buat aku gembira.. Peribadimu buat aku senang hati..

Tapi mungkin kau tidak tahu.. dalam diam aku menyimpan perasaan kepadamu.. bukan sebagai kawan, tapi perasaan ingin memiliki.. Aku sembunyikan perasaan yg dipendam itu dalam tawa ku.. Tapi aku tahu, suatu hari nanti pasti akan terbongkar jua.. Masa terus berlalu….Aku cuba luahkan kepadamu perasaanku yg sekian lama terpendam.. Tapi kau mungkin menganggapnya hanya satu gurauan indah..

Pada mulanya aku tidak kisah.. kerana kau temanku yang terapat pada masa itu.. dan aku tau kau bukan milik sesiapa.. Aku tidak menunjukkan kesungguhan ku pada masa itu.. Fikirku kau takkan kemana kerana aku juga teman rapat mu masa itu.. Tapi... Khabar angin kencang itu betul-betul membuatkan ku gundah.. Benarkah kau sudah menjadi milik seseorang? Masa tidak dilengahkan.. Aku berterus terang akan perasaanku yg sekian lamanya.. Namun..Seperti yang dijangkakan.. Mungkin kau tidak tahu atau mungkin kau sudah tau.. Tanpa sedar air mata ku menitis di saat aku melangkah pergi dari pandangan mu saat itu..

Aku menyepikan diri.. Aku menjauhkan diri.. Tiada gunanya aku terus disitu jika hatimu milik insan lain.. Bukan kerana membencikanmu, cuma ingin memujuk hati yang terluka.. Aku berkelana buat satu tempoh yang agak lama.. Aku tetap menunggumu tanpa berganjak.. Waktu terus berlalu.. Suatu malam yang dingin, kau menghubungi ku.. Tangisan kau malam itu betul-betul membuatkan kakiku menggeletar.. Menggeletar mendengar tangisan mu yang teresak-esak.. Aku terluka jua.. Rupa-rupanya kau tidak bahagia selama ini.. Bukan kau seorang di hatinya.. Kau dipermainkan.. Hati aku? Biarkan dulu.. kau lebih penting..

Aku lupakan luka lama ku.. Ku tenangkan hatimu yang gundah.. Aku pujuk dirimu yang tak keruan.. Aku menemanimu disaat kau perlukan ku.. kerana hanya aku teman mu selama ni.. Dan selepas itu, kau menyepi lagi.. mungkin membawa diri yang terluka.. Mungkin kau tidak tahu, aku masih mengharapkan dirimu saat itu..Tapi aku lebih pentingkan dirimu..Biarlah.. Masa berlalu lagi seperti sebelumnya.. Siapa sangka, suatu malam yang tenang, kau datang padaku.. Kau luahkan perasaanmu padaku... Hatiku girang! Sangat gembira.. Kerana aku tahu kau telah membuat keputusan yang tepat..

Ku terima dirimu tanpa banyak dalih.. Aku tahu aku mampu bahagiakanmu.. Aku tahu kau akan gembira denganku.. Dan memang kau bahagia denganku.. Tapi.. tak semuanya indah.. kau manusia biasa..Aku juga manusia biasa.. Tak terlepas dari melakukan kesilapan.. Aku pentingkan hubungan kita.. Silah salah kau aku maafkan walaupun seringkali ku terluka..

Tapi.. Silap salahku dijadikan alasan untuk kau berdiam diri.. untuk menjauhkan diri dariku.. Susah senang selama ni kita lalui bersama.. Aku sudah buat yang terbaik untukmu.. Tak pernah ku abaikan mu.. Mungkin aku terlalu menjagamu.. Mungkin itu silapku? Tapi, dimana belas mu? Dimana kasih mu? Dimana sayangmu? Di kala aku terluka, dikala aku tak keruan, mengapa kau tinggalkan aku dibelakang? Biarkan aku terkapai-kapai keseorangan? Kau tahu yang diri kau peneman ku selama ini.. Mengapa ucapkan kata-kata yang berlainan dengan dirimu? Apa mahumu?

Sayang.. aku minta maaf.. Ku harap kau faham isi hatiku.. Aku sudah berjanji yang salah silap kita selama ni takkan berulang.. Kau tahu ku ikhlas denganmu.. Kau tahu aku setia denganmu.. Kau tahu aku jujur denganmu.. Cuma silap sedikit..Silap yang sudah buat aku perit.. Aku ingin bahagia seperti dulu.. Terlalu banyak kenangan kita.. Hidupku kini tak keruan.. Ya, kau tak tahu kerana kau menyepikan diri dariku.. Aku cuma mau kau tahu, aku benar-benar terseksa menantimu.. Bagiku peluang kedua, pasti aku takkan sia-siakannya. Aku janji!! Aku janji!!"

Harap kita bersabar, tenang menghadapi dugaan Allah.. Mungkin kisah ne hanya seperti cerita Full House? Sentiasa bergaduh tapi happy ending jgk... Mungkin ada hikmahnya disebalik semua ini? Agar kita betol-betol berubah utk menjadi lebih baik.. 



LOVE

“ Kalau dia tak sayang ko, takkan dia bley kekal ngn ko bertahun lamanya? Aku tahu banyak dah susah senang ko lalui bersama dengannya.. Percaya kepada Allah.. Doa banyak-banyak. Kalau ko ikhlas selama ni, insyaAllah tuhan makbul doa ko.. !! " 

[ kisah cinta yg sadih yg aku nk share ngn k0rg ]

Jika dah sayang. Takkan kemana la kalau dah jodoh.. !!!!  =_= insyAllah ... amin . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan